Tuesday, October 18, 2011

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2 EKONOMI ASAS SPM

MEMAHAMI KATA KATA TUGAS DALAM KERTAS 2

Nyatakan / kenal pasti / namakan / tafsirkan / apakah / jelaskan maksud


Tidak perlu penjelasan.  Calon perlu memberi jawapan yang ringkas sahaja.
Jelaskan / terangkan / huraikan / bagaimanakah / mengapakah


Jawapan perlu secara terperinci. Calon perlu beri fakta dan huraian fakta
bincangkan



Calon perlu beri sebab dan membuat kesimpulan
Setujukah anda …berikan alasan



Jawapan calon boleh setuju atau tidak. Perlu beri alasan.
bezakan
Perbezaan ditunjukkan dalam bentuk pernyataan dengan menggunakan kata hubung seperti manakala, tetapi, sementara itu dan sebaliknya..


hitungkan
Calon dikehendaki buat pengiraan, mulakan dengan rumus, langkah pengiraan dan jawapan akhir.


bandingkan
Perlu tulis persamaan dan pengiraan bagi isu ekonomi yang dikemukakan.

Sunday, April 10, 2011

UJIAN TOPIKAL 2

Ujian Topikal 2 bagi kelas 6 Atas Ekonomi akan dilaksanakan pada 15 April (Jumaat), tajuk fokus ialah bab 3...Keseimbangan Pendapatan Negara.  Baca buku ya...

JANGAN LUPA LIRIK

Program JANGAN LUPA LIRIK akan dilaksanakan pada 14 April (Khamis) di kelas 6 Atas Ekonomi. Terdapat 6 kumpulan akan membuat persembahan 6 irama iaitu Irama Malaysia, Dangdut, Rap, Balada, Sumazau dan Poco-poco.  Semoga berjaya!!!!!

Sunday, February 20, 2011

PERTUMBUHAN EKONOMI (TINGKATAN 6 ATAS)

Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal.

perbezaan antara pertumbuhan ekonomi dengan pembangunan ekonomi:

            Pertumbuhan Ekonomi                                                   Pembangunan Ekonomi
1. melibatkan aspek ekonomi berbentuk fizikal              1.  melibatkan aspek ekonomi dan sosial
     - pertambahan output barang                                           - pemodenan sektor ekonomi
     - pembinaan infrastruktur                                                - agihan pendapatan

2. alat pengukur ialah KNK/KDNK benar                    2.  alat pengukur ialah KNK/KDNK benar per  
                                                                                            kapita
3. kadar pertumbuhan ekonomi  mengukur                    3.  kadar pembangunan ekonomi mengukur
    peruhahan keluaran negara                                              perubahan taraf kebajikan masyarakat

pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh peningkatan taraf kebajikan rakyat disebabkan oleh masalah-masalah berikut:
1. perbezaan saiz penduduk
2. perbezaan tingkat harga umum
3. perbezaan komposisi KDNK/KNK
4. perbezaan agihan pendapatan
5. perbezaan masa kerja atau masa rehat
6. perbezaan kos sosial

faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi
1. anugerah kekayaan alam
2. jumlah penduduk dan tenaga buruh mahir
3. perkembangan teknologi
4. tabungan masyarakat dan pembentukan modal tetap
5. pasaran
6. sistem sosial dan sikap masyarakat

faktor penghalang pertumbuhan ekonomi
1. ekonomi tradisional
2. kekurangan modal dan tabungan
3. kekurangan tenaga mahir
4. masalah ledakan penduduk
5. faktor sosial negatif

langkah kerajaan Malaysia mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
1. menyediakan infrastruktur fizikal
2. meningkatkan taraf pendidikan
3. membangunkan golongan usahawan
4. meningkatkan pelaburan domestik dan pelaburan asing
5. menggalakkan penyelidikan dan pembangunan
6. meluaskan pasaran dalam dan luar negeri
7. mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik