Ujian Topikal 1 untuk tingkatan 4 akan diadakan pada 7 Februari 2012 (Selasa). Semua murid kelas 4E dikehendaki buat ulangkaji tajuk-tajuk yang sudah dipelajari. Soalan berbentuk objektif.
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN DAN SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.
PANITIA EKONOMI
S.M.K Muhibbah, Batu 4, Jalan Cecily Utara, 90000 Sandakan, Sabah.
Sunday, January 29, 2012
Tuesday, January 24, 2012
SISTEM EKONOMI
SISTEM
EKONOMI DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI
CIRI-CIRI
|
SISTEM EKONOMI
|
|||
Kapitalis
|
Perancangan pusat
|
Campuran
|
Islam
|
|
Pemilikan sumber
|
Sumber ekonomi dimiliki oleh individu dan swasta
|
Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
|
Sumber ekonomi dimiliki oleh individu dan swasta dengan kawalan
kerajaan
|
Sumber ekonomi adalah hak milik
Allah. Individu hanya pemegang amanah |
Pilihan
|
Individu dan swasta bebas membuat pilihan
|
Tiada pilihan semua ditentukan oleh kerajaan
|
Individu dan swasta bebas membuat pilihan dengan dikawal oleh kerajaan
|
Individu dan swasta bebas membuat pilihan barangan yang halal
|
Pembuat keputusan
|
Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi
|
Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan
|
Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi dengan kawalan
kerajaan
|
Individu dan swasta membuat keputusan ekonomi yang berlandaskan huku
Islam. Kerajaan boleh campur tangan untuk menjamin
kesejahteraan masayarakat
|
Penentu harga
|
Harga ditentukan melalui mekanisme harga
|
Harga ditentukan oleh kerajaan
|
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan kerajaan
|
Persaingan bebas untuk mengeluarkan barang swasta berlandaskan hukum
Islam manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
|
Persaingan
|
Persainagan bebas
|
Tiada persaingan
|
Persaingan bebas dengan kawalan kerajaan
|
Persaingan bebas untuk mengeluarkan barang swasta berlandaskan hukum
Islam manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
|
motif
|
Mendapatkan keuntungan maksimum
|
Mendapatkan kebajikan masyarakan yang maksimum
|
Swasta – keuntungan
Kerajaan – kebajikan maksimum
|
Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Keuntungan (bukan riba) dan kebajikan
diutamakan
|
Contoh negara
|
Amerika Syarikat
|
Cuba dan Korea Utara
|
Malaysia, Jepun dan Singapura
|
Iran, Kuwait dan Arab Saudi
|
PERBEZAAN
CIRI SISTEM EKONOMI
KAPITALIS
DENGAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
ASPEK
|
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
|
SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
|
Pemilikan
Sumber
|
Faktor
pengeluaran dimiliki oleh swasta
|
Faktor
pengeluaran dimiliki oleh kerajaan
|
Pilihan
|
Penguna
bebas membuat pilihan
|
Pilihan
pengguna terhad
|
Pembuat
keputusan
|
Individu
dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi
|
Segala
keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan
|
Penentu
harga
|
Harga
ditentukan oleh mekanisme harga
|
Harga
barang ditentukan oleh kerajaan
|
Persaingan
|
Wujud
persaingan bebas
|
Tidak
wujud persaingan dalam pasaran
|
Motif
|
Motif
ialah memaksimumkan keuntungan
|
Motif
ialah menjaga kebajikan masyarakat
|
Agihan
pendapatan
|
Agihan
pendapatan tidak setara
|
Agihan
pendapatan setara
|
SEBAB KERAJAAN CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN
|
Untuk
mencapai kestabilan ekonomi untuk mengeluarkan barang awam
|
Untuk
agihan pendapatan yang lebih setara
|
Untuk
mengurangkan kesan sampingan negatif
|
Untuk
mengawal monopoli
|
Untuk
mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang
|
CARA
KERAJAAN CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN
|
Pengeluaran
barangan awam secara langsung
|
Mengenakan
cukai
|
Member
subsidi
|
Menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan
|
PERBANDINGAN
CARA PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI
ANTARA SISTEM
EKONOMI
MASALAH
ASAS EKONOMI
|
SISTEM
EKONOMI
|
|||
Kapitalis
|
Perancangan
pusat
|
Campuran
|
Islam
|
|
Apa
yang hendak dikeluarkan
|
Berdasarkan
permintaan di pasaran
|
Ditentukan
oleh kerajaan melalui badan perancangan pusatnya
|
Barang
swasta ditentukan oleh permintaan di pasaran manakala barang awam ditentukan
oleh kerajaan
|
Ditentukan
oleh permintaan di pasaran berlandaskan hukum Islam denan campur tangan
kerajaan
|
Berapa
yang hendak dikeluarkan
|
Berdasarkan
permintaan di pasaran/mekanisme harga
|
Ditentukan
oleh kerajaan
|
Barang
swasta ditentukan melalui mekanisme harga manakala barang awam
ditentukan oleh kerajaan
|
Berdasarkan
mekanisme harga yang berlandaskan hukum Islam dengan campur tangan kerajaan
|
Bagaimana
hendak dikeluarkan
|
Teknik
pengeluaran yang cekap, meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan
|
Teknik
pengeluaran yang cekap yang dapat mengurangkan kadar pengangguran
|
Teknik
pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan bagi barang swasta. Teknik pengeluaran yang memaksimumkan
kebajikan bagi barang awam
|
Teknik
pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan selaras dengan prinsip-prinsip
Islam dengan campur tangan kerajaan
|
Untuk
siapa hendak dikeluarkan
|
Berdasarkan
agihan pendapatan/kuasa beli
|
Ditentukan
oleh kerajaan. Barang diagihkan
secara sama rata kepada semua rakyat
|
Barang
swasta berdasarkan agihan pendapatan/kuasa beli manakala barang awam
disediakan oleh kerajaan melalui kutipan cukai
|
Berdasarkan
agihan pendapatan berlandaskan hukum Islam. Kerajaan campur tangan melalui kutipan zakat
|
Saturday, October 22, 2011
Thursday, October 20, 2011
Tuesday, October 18, 2011
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2 EKONOMI ASAS SPM
MEMAHAMI KATA KATA TUGAS DALAM KERTAS 2
Nyatakan / kenal pasti / namakan / tafsirkan / apakah / jelaskan maksud | Tidak perlu penjelasan. Calon perlu memberi jawapan yang ringkas sahaja. |
Jelaskan / terangkan / huraikan / bagaimanakah / mengapakah | Jawapan perlu secara terperinci. Calon perlu beri fakta dan huraian fakta |
bincangkan | Calon perlu beri sebab dan membuat kesimpulan |
Setujukah anda …berikan alasan | Jawapan calon boleh setuju atau tidak. Perlu beri alasan. |
bezakan | Perbezaan ditunjukkan dalam bentuk pernyataan dengan menggunakan kata hubung seperti manakala, tetapi, sementara itu dan sebaliknya.. |
hitungkan | Calon dikehendaki buat pengiraan, mulakan dengan rumus, langkah pengiraan dan jawapan akhir. |
bandingkan | Perlu tulis persamaan dan pengiraan bagi isu ekonomi yang dikemukakan. |
Sunday, April 10, 2011
UJIAN TOPIKAL 2
Ujian Topikal 2 bagi kelas 6 Atas Ekonomi akan dilaksanakan pada 15 April (Jumaat), tajuk fokus ialah bab 3...Keseimbangan Pendapatan Negara. Baca buku ya...
Subscribe to:
Posts (Atom)