Tuesday, October 18, 2011

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2 EKONOMI ASAS SPM

MEMAHAMI KATA KATA TUGAS DALAM KERTAS 2

Nyatakan / kenal pasti / namakan / tafsirkan / apakah / jelaskan maksud


Tidak perlu penjelasan.  Calon perlu memberi jawapan yang ringkas sahaja.
Jelaskan / terangkan / huraikan / bagaimanakah / mengapakah


Jawapan perlu secara terperinci. Calon perlu beri fakta dan huraian fakta
bincangkan



Calon perlu beri sebab dan membuat kesimpulan
Setujukah anda …berikan alasan



Jawapan calon boleh setuju atau tidak. Perlu beri alasan.
bezakan
Perbezaan ditunjukkan dalam bentuk pernyataan dengan menggunakan kata hubung seperti manakala, tetapi, sementara itu dan sebaliknya..


hitungkan
Calon dikehendaki buat pengiraan, mulakan dengan rumus, langkah pengiraan dan jawapan akhir.


bandingkan
Perlu tulis persamaan dan pengiraan bagi isu ekonomi yang dikemukakan.