Sunday, January 29, 2012

UJIAN TOPIKAL 1

Ujian Topikal 1 untuk tingkatan 4 akan diadakan pada 7 Februari 2012 (Selasa).  Semua murid kelas 4E dikehendaki buat ulangkaji tajuk-tajuk yang sudah dipelajari. Soalan berbentuk objektif.

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN DAN SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

Tuesday, January 24, 2012

SISTEM EKONOMI


SISTEM EKONOMI DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI
CIRI-CIRI
SISTEM EKONOMI
Kapitalis
Perancangan pusat
Campuran
Islam
Pemilikan sumber
Sumber ekonomi dimiliki oleh individu dan swasta
Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
Sumber ekonomi dimiliki oleh individu dan swasta dengan kawalan kerajaan
Sumber ekonomi adalah hak milik
Allah.  Individu hanya pemegang amanah
Pilihan
Individu dan swasta bebas membuat pilihan
Tiada pilihan semua ditentukan oleh kerajaan
Individu dan swasta bebas membuat pilihan dengan dikawal oleh kerajaan
Individu dan swasta bebas membuat pilihan barangan yang halal
Pembuat keputusan
Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi
Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan
Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi dengan kawalan kerajaan
Individu dan swasta membuat keputusan ekonomi yang berlandaskan huku Islam.  Kerajaan  boleh campur tangan untuk menjamin kesejahteraan masayarakat
Penentu harga
Harga ditentukan melalui mekanisme harga
Harga ditentukan oleh kerajaan
Harga ditentukan oleh mekanisme harga dengan kawalan kerajaan
Persaingan bebas untuk mengeluarkan barang swasta berlandaskan hukum Islam manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
Persaingan
Persainagan bebas
Tiada persaingan
Persaingan bebas dengan kawalan kerajaan
Persaingan bebas untuk mengeluarkan barang swasta berlandaskan hukum Islam manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
motif
Mendapatkan keuntungan maksimum
Mendapatkan kebajikan masyarakan yang maksimum
Swasta – keuntungan
Kerajaan – kebajikan maksimum
Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Keuntungan (bukan riba) dan kebajikan diutamakan
Contoh negara
Amerika Syarikat
Cuba dan Korea Utara
Malaysia, Jepun dan Singapura
Iran, Kuwait dan Arab Saudi


PERBEZAAN CIRI SISTEM EKONOMI
KAPITALIS DENGAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

ASPEK
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
Pemilikan Sumber
Faktor pengeluaran dimiliki oleh swasta
Faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan
Pilihan
Penguna bebas membuat pilihan
Pilihan pengguna terhad
Pembuat keputusan
Individu dan swasta bebas membuat keputusan ekonomi
Segala keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan
Penentu harga
Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Harga barang ditentukan oleh kerajaan
Persaingan
Wujud persaingan bebas
Tidak wujud persaingan dalam pasaran
Motif
Motif ialah memaksimumkan keuntungan
Motif ialah menjaga kebajikan masyarakat
Agihan pendapatan
Agihan pendapatan tidak setara
Agihan pendapatan setara




SEBAB KERAJAAN CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Untuk mencapai kestabilan ekonomi untuk mengeluarkan barang awam
Untuk agihan pendapatan yang lebih setara
Untuk mengurangkan kesan sampingan negatif
Untuk mengawal monopoli
Untuk mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang




CARA KERAJAAN CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Pengeluaran barangan awam secara langsung
Mengenakan cukai
Member subsidi
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan



PERBANDINGAN CARA PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI
ANTARA SISTEM EKONOMI

MASALAH ASAS EKONOMI
SISTEM EKONOMI
Kapitalis
Perancangan pusat
Campuran
Islam
Apa yang hendak dikeluarkan
Berdasarkan permintaan di pasaran
Ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancangan pusatnya
Barang swasta ditentukan oleh permintaan di pasaran manakala barang awam ditentukan oleh kerajaan
Ditentukan oleh permintaan di pasaran berlandaskan hukum Islam denan campur tangan kerajaan
Berapa yang hendak dikeluarkan
Berdasarkan permintaan di pasaran/mekanisme harga
Ditentukan oleh kerajaan
Barang swasta ditentukan melalui mekanisme harga manakala barang awam ditentukan  oleh kerajaan
Berdasarkan mekanisme harga yang berlandaskan hukum Islam dengan campur tangan kerajaan
Bagaimana hendak dikeluarkan
Teknik pengeluaran yang cekap, meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan
Teknik pengeluaran yang cekap yang dapat mengurangkan kadar pengangguran
Teknik pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan bagi barang swasta.  Teknik pengeluaran yang memaksimumkan kebajikan bagi barang awam
Teknik pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan selaras dengan prinsip-prinsip Islam dengan campur tangan kerajaan
Untuk siapa hendak dikeluarkan
Berdasarkan agihan pendapatan/kuasa beli
Ditentukan oleh kerajaan.  Barang diagihkan secara sama rata kepada semua rakyat
Barang swasta berdasarkan agihan pendapatan/kuasa beli manakala barang awam disediakan oleh kerajaan melalui kutipan cukai
Berdasarkan agihan pendapatan berlandaskan hukum Islam.  Kerajaan campur tangan melalui kutipan zakat